Karenah di Kereta Api


Di dalam sebuah kereta Api di negeri Sabah, terdapat tiga orang pemuda yang berlainan negara duduk berdekatan. Pemuda pertama ialah Orang Putih, Yang kedua ialah Pilak, manakala yang ketiga merupakan penduduk tempatan di Sabah. Pemuda yang pertama tadi membuka begnya dan mengeluarkan sebiji Epal lalu menggigit Epal tersebut. Selepas satu gigitan dibuat oleh pemuda tersebut dia kemudian membuang epal itu melalui ke luar dan mengeluarkan sebiji lagi epal dan melakukan perkara yang sama dengan epal yang sebelumnya. Pemuda yang ketiga merasa hairan dengan tindakan pemuda yang pertama lalu bertanya.

Pemuda no.3 : Saudara?. Kenapa saudara membuang epal-epal tersebut sedangkan epal tersebut belum habis dimakan?

Pemuda no.1 :  Owhh.. di negara saya banyak sanggat epal. Sebab itu saya buat macam itu.

Selepas mendengar penerangan pemuda tersebut, beliau kemudian memerhatikan pemuda yang kedua. Pemuda yang kedua juga membuka begnya dan mengeluarkan beberapa kotak rokok ‘Udang Garam’ dan membuka rokok tersebut kemudian membuang keluar seperti yang dilakukan oleh pemuda pertama.
Pemuda yang pertama hairan melihat gelagat pemuda yang kedua tersebut lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Pemuda no1 : Saudara, kenapa dibuang rokok-rokok tu?

Pemuda no.2 : Owhh.. negara kami pengeluar jenama rokok ni...sebab itu saya buang. Dah muak
                           Katakan

Mereka berdua berpaling kearah pemuda yang ketiga yang tengah membuka luas tingkap kereta api tersebut. Selepas itu pemuda yang ketiga mengangkat pemuda yang kedua lalu menghumban pemuda tersebut keluar. Pemuda pertama yang melihat kejadian itu terkejut dengan tindakan pemuda yang ketiga itu lalu bertanya.

Pemuda no. 1 : Kenapa kau buang saudara itu?

Pemuda no. 3 : owhhh...kat Sabah ni , banyak sanggat pilak. Majoriti pilak. Pergi mana-mana jumpa muka dorang. Dah meluat saya tengok. Sebab itu saya buang dia.


BY :UNKNOWN

Dunia Remaja ; Bab 2


“ Reez! Kat sekolah saya tengok kau dengan buku.. Kat restoran ni pun dengan buku..” tegur Zafuan  “ Buku apa kau baca ni Reez? Cantik jak cover buku ni kena lapis saya nampak? “ sambung Zafuan lagi sambil merampas buku dari tangan Reez.

“ Ya Ampun... Reez Dari tadi saya ingatkan kau baca buku Novel Bahasa Malaysia kita... rupa-rupanya kau baca komik Naruto pula...” Reez tersengih sebaik sahaja Zafuan melihat buku yang dibacanya.

“ Cantikkan Saya balut, sampai komik pun kau tak cam...” Reez berkata sambil ketawa kecil.
 “By the way...tadi Cynthia call saya.. dia cakap kau tak angkat call dia.. si Ziela pun sibuk tanya pasal kau masa kat sekolah tadi..” Zafuan memberitahu Reez. Reez sememangnya ramai peminat dan juga seorang yang playboy begitu juga dengan rakannya Zafuan

“ Jangan dilayan kalau dorang tanya kau lagi Zafuan...dah malas saya nak layan dorang dua tu..” balas Reez “ Lagipun, saya ada girlfriend baru... dan namannya Siti..” sambung Reez lagi sambil tersenyum kearah rakannya

“kat sekolah...semua orang nampak kau macam budak baik, taat, setia...tapi hmmm...hampeh saya dengan kau ni Reez..” balas Zafuan sambil menggeleng kepalanya..

“ Aik!...Kata orang nampak... yang mengata tu apa kurangnya...” balas Reez pula kemudia diikuti gelak tawa mereka berdua. Beberapa minit kemudian mereka meninggalkan Restoran itu dan berlalu ketempat letak kereta. Reez dan Zafuan. Oleh kerana mereka berdua merupakan pelajar tingkatan Enam Atas dan juga mereka berasal daripada keluarga berada tidak mustahil untuk mereka berdua memiliki kereta masing-masing.

“Reez!...Ziela kat sana tu..” Zafuan berkata sebaik sahaja melihat kelibat Ziela berhampiran dengan kereta mereka berdua...
“Aduh!.... Zaf, my life depends on you... pandai-pandai kau bagi alasan kat dia...saya nak sembunyi dulu...”  Reez berkata sambil berlalu dari situ meninggalkan Zafuan sendirian.
“Zaf!, Reez mana?” Ziela terus menerpa Zafuan sebaik sahaja melihat Zafuan bersendirian menuju ke tempat letak kereta tersebut.
“Reez?...ma...mana saya tau dia kat mana...kau kan cinta hati dia.... bukan saya jaga dia pun...” Balas Zafuan sambil membuka pintu keretanya..
“Zaf jangan nak berdalih sana, saya tahu yang kereta kat sebelah ni Reez punyakan. Saya kenal sanggatlah kereta dia...” balas Ziela lagi sambil menunding jarinya kearah kereta Honda City yang berada disebelah kereta Zafuan.
“ isshhh mana ada kereta Reez tu...Kereta Reez lampu sebelah kanan dia pecahlah. Yang ini elok jak saya tengok..mustahil saya tak kenal kereta kawan saya sendiri..” bohong Zafuan...
“ Pecah? Apasal pula pecah Zaf?..dia kemalangankah?” tanya Ziela sebaik sahaja mendengar bohong Zafuan.
“hah! Ini lah saya nak bagitahu kau..Semalam saya dan Reez jalan-jalan dengan kereta..masatulah Reez  kemalangan..sekarang dia kat rumah...nak rehat..” bohongt zafuan lagi
“Kemalangan! Habis tu tadi saya nampak dia kat sekolah tu siapa.”
“ Reez? Kat sekolah...Hah! jangan-jangan hantu dia kot.!...emmm beginilah, apa kata saya hantar kau balik rumah. Sampai kat rumah kau sembahyang lepastu doakan Reez cepat sembuh.” Zafuan berkata sambil menolak Ziela masuk kedalam keretanya kemudia memandu meninggalkan tempat tersebut..

Dari jauh Reez memerhatikan zafuan dan Ziela. Setelah memastikan mereka berdua hilang dari pandangan Reez berlari menuju kearah keretanya. Belum sempat Reez kekeretanya, dia terlanggar dengan seseorang.
“Maaf, maaf saya tak sengaja..” Reez meminta maaf dengan orang yang dilanggar olehnya.
“tak apa, saya pun salah tak tengok awak nak lalu tadi.” Balas Rina yang merupakan orang yang dilanggar oleh Reez tadi. Setelah mereka selesai memohon maaf kedua-dua mereka berlalu dari situ. Setelah Reez memasuki keretanya, dia seakan-akan merasakan bahawa mengenali orang yang dilanggarnya sebentar tadi namun terlupa dimanakah dia pernah ternampak dengan gadis tersebut.


Hasil : ZARA

Dunia Remaja : Bab 1


“Benci betul aku nampak pontianak tak sedar diri tulah Rina...” Maria bersunggut sebaik sahaja dia dan Rina melabuhkan punggung mereka diatas sebuah kerusi panjang yang terletak di kantin sekolah.

“Pontianak? Manada pontianak tengah-tengah pagi ni Maria.”balas Rina sambil memandang hairan rakannya itu.
“ Tu...nampak perempuan yang asyik-asyik jeling kat sini tue...yang itulah pontianak kat sekolah ni..!” balas Maria dengan nada sedikit geram. Rina kemudian berpaling kearah yang ditunjukkan oleh Maria.
“ cantik jak aku tengok dia tu... kalah pontianak kalau lawan dengan dia..” Rina berkata sebaik sahaja memerhatikan perempuan yang dikatakan oleh Mari..

“Awak belum kenal dia lagi Rina....Baru Dua hari awak kat sekolah ni...lama-lama sikit awak akan meluat nampak gaya dia tu...Nasib baik awak bukan sekelas dengan dia... “ jelas Maria lagi. Rina membiarkan sahaja rakannya membebel sambil memerhatikan kawasan sekeliling kantin lalu tersenyum sambil menarik nafas lega. Jelas Rina berpuas hati dengan sekolah barunya. Rina baru sahaja berpindah ke sekolah ini disebabkan mengikuti keluarganya yang berpindah rumah dikawasan ini.

“Hah! Maria! Puas aku cari awak...” Rina terdengar satu suara dan membuatkan dia tersedar dengan lamunannya.
“ Ada apa awak nak cari aku Reez?”tanya Maria sambil memandang wajah seorang lelaki dihadapannya. Rina turut memandang lelaki tersebut.
“ Cikgu zainal, cari awak. Ada hal katanya.” Balas lelaki tersebut sambil menyerahkan sebuah fail kepada Maria.
“Habis tu Fail ni. Apa kena mengena dengan aku?”Tanya Maria. Rina terus memerhatikan gelagat mereka berdua. Lelaki tersebut tersengih sambil membetulkan tanda namanya. ‘Ketua Pelajar! Owh ini pula ketua pelajar sekolah ini..’ rina berkata dalam hati sambil memerhati dengan teliti lelaki tersebut.
 “ kan awak nak pergi kat bilik guru nanti. Jadi fail tu bagi kat Cikgu Ziela. Jimat tenaga sikit “ Kata lelaki tersebut sambil menggangkat tangannya dan berlalu dari situ.

“Rina,  aku gerak dululah. Nanti masa pulang kaw tunggu aku kat pagar sekolah ya. Kita balik sama-sama.” Maria berkata lalu beredar daripada kantin sekolah. Rina memutuskan untuk masuk kekelasnya yang berada di blok Tingkatan Empat. “

“Rina..” tegur Zainab yang merupakan Ketua Kelas Rina dan juga duduk besebelahan dengannya dikelas.
“ tadi masa rehat awak dengan Kak Maria kan, “ sambung Zainab
“ Ya.” Jawab Rina sepatah.
“owhh...rapat aku tengok kamu tadi...Dah lama awak kenal dengan dia?”
“lama gak, saya dengan dia satu kampung lagipun keluarga kami memng rapat.” Balas Rina sambil tersenyum. Zainab hanya mengangguk kecil. Mereka berdua menoleh kearah pintu sebaik sahaja mereka terdengar ketukan di pintu.
“ Ketua kelas ada tak?” tutur lelaki yang mengetuk pintu tersebut. ‘ketua pelajar tadi tu’ bisik hati Rina sebaik Sahaja melihat seorang yang dijumpainya semasa di kantin tadi. Zainab kemudian berdiri menuju kearah ketua pelajar tersebut. Sebaik sahaja Ketua Pelajar tersebut beredar Zainab beredar ketempat duduknya dengan senyuman yang lebar terpamer diwajahnya.

“ Rina, yang tadi tu Abng Reez. Ketua Pelajar kat sekolah ni dan juga rakan sekelas Kak Maria. Hendsome kan dia..” kata Zainab. Rina hanya mampu mengangguk.

Kedengaran bunyi lonceng berbunyi menandakan masa rehat telah tamat. Murid-murid beransur-ansur masuk kekelas dan membuka buku masing-masing sambil menunggu cikgu.

Hasil ditulis oleh : ZARA

PENDAHULUAN!

PEN-DAHULU-AN

betulkah itu? atau Permulaan? Tak Kisah lar yang penting Ada tajuk Post...

Anyway, this blog is dedicated to all readers out there...those who really like to read are very welcomed to give a comment..

Sorry-lah B.Malaysia I lemah sikit...So do My English (Oh! My English!) selama ni Sy cakap main langgar jak..

Yang Panling penting...Apa sahaja bahan bacaan boleh di sharekan disini..

P/s: Since Blog ni baru sahaja diterbitkan Saya Nak bagi Gift special for those yang Jadi follower Ke  100 dan 200. :) Dan gift Kecil (special juga) bg follower top 3 follower...

Special sebab Tak bagi nampak hadiah dia.. :)

Cerita/ Karya pertama tengah di edit :)

AVAILABLE FOR THOSE IN MALAYSIA REGION ONLY