Dunia Remaja : Bab 1


“Benci betul aku nampak pontianak tak sedar diri tulah Rina...” Maria bersunggut sebaik sahaja dia dan Rina melabuhkan punggung mereka diatas sebuah kerusi panjang yang terletak di kantin sekolah.

“Pontianak? Manada pontianak tengah-tengah pagi ni Maria.”balas Rina sambil memandang hairan rakannya itu.
“ Tu...nampak perempuan yang asyik-asyik jeling kat sini tue...yang itulah pontianak kat sekolah ni..!” balas Maria dengan nada sedikit geram. Rina kemudian berpaling kearah yang ditunjukkan oleh Maria.
“ cantik jak aku tengok dia tu... kalah pontianak kalau lawan dengan dia..” Rina berkata sebaik sahaja memerhatikan perempuan yang dikatakan oleh Mari..

“Awak belum kenal dia lagi Rina....Baru Dua hari awak kat sekolah ni...lama-lama sikit awak akan meluat nampak gaya dia tu...Nasib baik awak bukan sekelas dengan dia... “ jelas Maria lagi. Rina membiarkan sahaja rakannya membebel sambil memerhatikan kawasan sekeliling kantin lalu tersenyum sambil menarik nafas lega. Jelas Rina berpuas hati dengan sekolah barunya. Rina baru sahaja berpindah ke sekolah ini disebabkan mengikuti keluarganya yang berpindah rumah dikawasan ini.

“Hah! Maria! Puas aku cari awak...” Rina terdengar satu suara dan membuatkan dia tersedar dengan lamunannya.
“ Ada apa awak nak cari aku Reez?”tanya Maria sambil memandang wajah seorang lelaki dihadapannya. Rina turut memandang lelaki tersebut.
“ Cikgu zainal, cari awak. Ada hal katanya.” Balas lelaki tersebut sambil menyerahkan sebuah fail kepada Maria.
“Habis tu Fail ni. Apa kena mengena dengan aku?”Tanya Maria. Rina terus memerhatikan gelagat mereka berdua. Lelaki tersebut tersengih sambil membetulkan tanda namanya. ‘Ketua Pelajar! Owh ini pula ketua pelajar sekolah ini..’ rina berkata dalam hati sambil memerhati dengan teliti lelaki tersebut.
 “ kan awak nak pergi kat bilik guru nanti. Jadi fail tu bagi kat Cikgu Ziela. Jimat tenaga sikit “ Kata lelaki tersebut sambil menggangkat tangannya dan berlalu dari situ.

“Rina,  aku gerak dululah. Nanti masa pulang kaw tunggu aku kat pagar sekolah ya. Kita balik sama-sama.” Maria berkata lalu beredar daripada kantin sekolah. Rina memutuskan untuk masuk kekelasnya yang berada di blok Tingkatan Empat. “

“Rina..” tegur Zainab yang merupakan Ketua Kelas Rina dan juga duduk besebelahan dengannya dikelas.
“ tadi masa rehat awak dengan Kak Maria kan, “ sambung Zainab
“ Ya.” Jawab Rina sepatah.
“owhh...rapat aku tengok kamu tadi...Dah lama awak kenal dengan dia?”
“lama gak, saya dengan dia satu kampung lagipun keluarga kami memng rapat.” Balas Rina sambil tersenyum. Zainab hanya mengangguk kecil. Mereka berdua menoleh kearah pintu sebaik sahaja mereka terdengar ketukan di pintu.
“ Ketua kelas ada tak?” tutur lelaki yang mengetuk pintu tersebut. ‘ketua pelajar tadi tu’ bisik hati Rina sebaik Sahaja melihat seorang yang dijumpainya semasa di kantin tadi. Zainab kemudian berdiri menuju kearah ketua pelajar tersebut. Sebaik sahaja Ketua Pelajar tersebut beredar Zainab beredar ketempat duduknya dengan senyuman yang lebar terpamer diwajahnya.

“ Rina, yang tadi tu Abng Reez. Ketua Pelajar kat sekolah ni dan juga rakan sekelas Kak Maria. Hendsome kan dia..” kata Zainab. Rina hanya mampu mengangguk.

Kedengaran bunyi lonceng berbunyi menandakan masa rehat telah tamat. Murid-murid beransur-ansur masuk kekelas dan membuka buku masing-masing sambil menunggu cikgu.

Hasil ditulis oleh : ZARA

No comments:

Post a Comment