Dunia Remaja ; Bab 2


“ Reez! Kat sekolah saya tengok kau dengan buku.. Kat restoran ni pun dengan buku..” tegur Zafuan  “ Buku apa kau baca ni Reez? Cantik jak cover buku ni kena lapis saya nampak? “ sambung Zafuan lagi sambil merampas buku dari tangan Reez.

“ Ya Ampun... Reez Dari tadi saya ingatkan kau baca buku Novel Bahasa Malaysia kita... rupa-rupanya kau baca komik Naruto pula...” Reez tersengih sebaik sahaja Zafuan melihat buku yang dibacanya.

“ Cantikkan Saya balut, sampai komik pun kau tak cam...” Reez berkata sambil ketawa kecil.
 “By the way...tadi Cynthia call saya.. dia cakap kau tak angkat call dia.. si Ziela pun sibuk tanya pasal kau masa kat sekolah tadi..” Zafuan memberitahu Reez. Reez sememangnya ramai peminat dan juga seorang yang playboy begitu juga dengan rakannya Zafuan

“ Jangan dilayan kalau dorang tanya kau lagi Zafuan...dah malas saya nak layan dorang dua tu..” balas Reez “ Lagipun, saya ada girlfriend baru... dan namannya Siti..” sambung Reez lagi sambil tersenyum kearah rakannya

“kat sekolah...semua orang nampak kau macam budak baik, taat, setia...tapi hmmm...hampeh saya dengan kau ni Reez..” balas Zafuan sambil menggeleng kepalanya..

“ Aik!...Kata orang nampak... yang mengata tu apa kurangnya...” balas Reez pula kemudia diikuti gelak tawa mereka berdua. Beberapa minit kemudian mereka meninggalkan Restoran itu dan berlalu ketempat letak kereta. Reez dan Zafuan. Oleh kerana mereka berdua merupakan pelajar tingkatan Enam Atas dan juga mereka berasal daripada keluarga berada tidak mustahil untuk mereka berdua memiliki kereta masing-masing.

“Reez!...Ziela kat sana tu..” Zafuan berkata sebaik sahaja melihat kelibat Ziela berhampiran dengan kereta mereka berdua...
“Aduh!.... Zaf, my life depends on you... pandai-pandai kau bagi alasan kat dia...saya nak sembunyi dulu...”  Reez berkata sambil berlalu dari situ meninggalkan Zafuan sendirian.
“Zaf!, Reez mana?” Ziela terus menerpa Zafuan sebaik sahaja melihat Zafuan bersendirian menuju ke tempat letak kereta tersebut.
“Reez?...ma...mana saya tau dia kat mana...kau kan cinta hati dia.... bukan saya jaga dia pun...” Balas Zafuan sambil membuka pintu keretanya..
“Zaf jangan nak berdalih sana, saya tahu yang kereta kat sebelah ni Reez punyakan. Saya kenal sanggatlah kereta dia...” balas Ziela lagi sambil menunding jarinya kearah kereta Honda City yang berada disebelah kereta Zafuan.
“ isshhh mana ada kereta Reez tu...Kereta Reez lampu sebelah kanan dia pecahlah. Yang ini elok jak saya tengok..mustahil saya tak kenal kereta kawan saya sendiri..” bohong Zafuan...
“ Pecah? Apasal pula pecah Zaf?..dia kemalangankah?” tanya Ziela sebaik sahaja mendengar bohong Zafuan.
“hah! Ini lah saya nak bagitahu kau..Semalam saya dan Reez jalan-jalan dengan kereta..masatulah Reez  kemalangan..sekarang dia kat rumah...nak rehat..” bohongt zafuan lagi
“Kemalangan! Habis tu tadi saya nampak dia kat sekolah tu siapa.”
“ Reez? Kat sekolah...Hah! jangan-jangan hantu dia kot.!...emmm beginilah, apa kata saya hantar kau balik rumah. Sampai kat rumah kau sembahyang lepastu doakan Reez cepat sembuh.” Zafuan berkata sambil menolak Ziela masuk kedalam keretanya kemudia memandu meninggalkan tempat tersebut..

Dari jauh Reez memerhatikan zafuan dan Ziela. Setelah memastikan mereka berdua hilang dari pandangan Reez berlari menuju kearah keretanya. Belum sempat Reez kekeretanya, dia terlanggar dengan seseorang.
“Maaf, maaf saya tak sengaja..” Reez meminta maaf dengan orang yang dilanggar olehnya.
“tak apa, saya pun salah tak tengok awak nak lalu tadi.” Balas Rina yang merupakan orang yang dilanggar oleh Reez tadi. Setelah mereka selesai memohon maaf kedua-dua mereka berlalu dari situ. Setelah Reez memasuki keretanya, dia seakan-akan merasakan bahawa mengenali orang yang dilanggarnya sebentar tadi namun terlupa dimanakah dia pernah ternampak dengan gadis tersebut.


Hasil : ZARA

No comments:

Post a Comment