“Benci betul aku nampak pontianak tak sedar diri tulah
Rina...” Maria bersunggut sebaik sahaja dia dan Rina melabuhkan punggung mereka
diatas sebuah kerusi panjang yang terletak di kantin sekolah.
“Pontianak? Manada pontianak
tengah-tengah pagi ni Maria.”balas Rina sambil memandang hairan rakannya itu.
“ Tu...nampak perempuan yang
asyik-asyik jeling kat sini tue...yang itulah pontianak kat sekolah ni..!”
balas Maria dengan nada sedikit geram. Rina kemudian berpaling kearah yang
ditunjukkan oleh Maria.
“ cantik jak aku tengok dia tu...
kalah pontianak kalau lawan dengan dia..” Rina berkata sebaik sahaja
memerhatikan perempuan yang dikatakan oleh Mari..
“Awak belum kenal dia lagi
Rina....Baru Dua hari awak kat sekolah ni...lama-lama sikit awak akan meluat
nampak gaya dia tu...Nasib baik awak bukan sekelas dengan dia... “ jelas Maria
lagi. Rina membiarkan sahaja rakannya membebel sambil memerhatikan kawasan
sekeliling kantin lalu tersenyum sambil menarik nafas lega. Jelas Rina berpuas
hati dengan sekolah barunya. Rina baru sahaja berpindah ke sekolah ini
disebabkan mengikuti keluarganya yang berpindah rumah dikawasan ini.
“Hah! Maria! Puas aku cari awak...”
Rina terdengar satu suara dan membuatkan dia tersedar dengan lamunannya.
“ Ada apa awak nak cari aku Reez?”tanya
Maria sambil memandang wajah seorang lelaki dihadapannya. Rina turut memandang
lelaki tersebut.
“ Cikgu zainal, cari awak. Ada hal
katanya.” Balas lelaki tersebut sambil menyerahkan sebuah fail kepada Maria.
“Habis tu Fail ni. Apa kena mengena
dengan aku?”Tanya Maria. Rina terus memerhatikan gelagat mereka berdua. Lelaki
tersebut tersengih sambil membetulkan tanda namanya. ‘Ketua Pelajar! Owh ini
pula ketua pelajar sekolah ini..’ rina berkata dalam hati sambil memerhati
dengan teliti lelaki tersebut.
“ kan awak nak pergi kat bilik guru nanti. Jadi
fail tu bagi kat Cikgu Ziela. Jimat tenaga sikit “ Kata lelaki tersebut sambil
menggangkat tangannya dan berlalu dari situ.
“Rina, aku gerak dululah. Nanti masa pulang kaw
tunggu aku kat pagar sekolah ya. Kita balik sama-sama.” Maria berkata lalu
beredar daripada kantin sekolah. Rina memutuskan untuk masuk kekelasnya yang
berada di blok Tingkatan Empat. “
“Rina..” tegur Zainab yang merupakan
Ketua Kelas Rina dan juga duduk besebelahan dengannya dikelas.
“ tadi masa rehat awak dengan Kak
Maria kan, “ sambung Zainab
“ Ya.” Jawab Rina sepatah.
“owhh...rapat aku tengok kamu
tadi...Dah lama awak kenal dengan dia?”
“lama gak, saya dengan dia satu
kampung lagipun keluarga kami memng rapat.” Balas Rina sambil tersenyum. Zainab
hanya mengangguk kecil. Mereka berdua menoleh kearah pintu sebaik sahaja mereka
terdengar ketukan di pintu.
“ Ketua kelas ada tak?” tutur
lelaki yang mengetuk pintu tersebut. ‘ketua pelajar tadi tu’ bisik hati Rina
sebaik Sahaja melihat seorang yang dijumpainya semasa di kantin tadi. Zainab
kemudian berdiri menuju kearah ketua pelajar tersebut. Sebaik sahaja Ketua
Pelajar tersebut beredar Zainab beredar ketempat duduknya dengan senyuman yang
lebar terpamer diwajahnya.
“ Rina, yang tadi tu Abng Reez.
Ketua Pelajar kat sekolah ni dan juga rakan sekelas Kak Maria. Hendsome kan
dia..” kata Zainab. Rina hanya mampu mengangguk.
Kedengaran bunyi lonceng berbunyi
menandakan masa rehat telah tamat. Murid-murid beransur-ansur masuk kekelas dan
membuka buku masing-masing sambil menunggu cikgu.
No comments:
Post a Comment